Jawatan Kosong di UiTM Cawangan Kelantan
UiTM CAWANGAN KELANTAN
KAMPUS KOTA BHARU
PEPERIKSAAN AKHIR JUN 2012
1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)
b) Permohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
c) Sihat tubuh badan
d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan permohon.
e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
f) Pelajar UiTM / Bekas pelajar UiTM / Staf Akademik & Pentadbiran UiTM tidak dibenarkan memohon.
g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Taraf jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 27/06/2012 hingga 15/07/2012 : termasuk Sabtu & Ahad)
3. Kadar Elaun – RM4.00 sejam (7.30 pagi – 6.00 petang : tidak termasuk waktu rehat)
4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di http://kelantan.uitm.edu.my/kotabharu/ atau di:
HAL EHWAL AKADEMIK
UiTM CAWANGAN KELANTAN
KAMPUS KOTA BHARU
(PN. NOOR HAYAATI YAACOB: 09-7417744)
Tarikh tutup permohonan : 27 MEI 2012 (AHAD)
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan
sebelum atau pada 27 MEI 2012
MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN