Jawatan Kosong di KIST Group Holdings Sdn.Bhd.

KIST GROUP HOLDINGS SDN BHD (KGH) adalah sebuah organisasi yang begitu dinamik dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai bidang yang amat diperlukan negara. Selaras dengan perkembangan memberangsangkan dan perancangan masa depan yang optimistik khususnya dalam teras utamanya iaitu Divison Pendidikan dan Latihan,KGH melalui subsidiarinya Ilmu & Hikmah Sdn Bhd, amat berbangga kerana telah menerima surat pelawaan YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bagi penubuhan KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI (UniKIST).
Dengan kepercayaan dan keyakinan tinggi oleh pelbagai pihak selama ini, ia turut membolehkan KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI (KIST) yang merupakan anak syarikat KGH, terus berkembang pesat memainkan peranannya dan kini KIST telah pun mempunyai 9 buah cawangan di seluruh negara.
Sehubungan dengan perkembangan-perkembangan ini, KGH dengan berbesar hati mempelawa individu-individu yang bersifat dinamik, bersahsiah murni dan mempunyai minat, cita-cita dan komitmen yang tinggi dalam dunia pendidikan untuk bersama-sama warga KGH bagi menjawat jawatan-jawatan sepertimana berikut

JAWATAN TERKINI

Tarikh Iklan: 15 Mei 2012
Tarikh Tutup Iklan:31 Mei 2012

JAWATAN KOSONG
JAWATAN 1: Teknisyen IT ( 1 kekosongan)

Penempatan:
KIST Bachok
Temuduga akan diadakan di Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan.
Kemahiran:
1. Membaikpulih PC (Troubleshooting)
2. Rangkain (Internet Networking)
3. Pemasangan (P/A system)
4. Instalasi perisian (Software Installation)
Ciri-ciri:
1. Lelaki
2. Kelayakan: Sijil/MLVK/SPM
3. Pengkhususan: IT
4. Skill: Computer skills, Basic in Microsoft Office Application

  Perhatian kepada pemohon :
a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan.
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu.
JAWATAN  2 : SERVER ADMINISTRATOR- 1 KEKOSONGAN
1. Ijazah Sarjana Muda In Networking & Server Administration atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. Pengkhususan: Networking & Server Administration
3. Kemahiran : Server configuration, remote server, backup data.

emel :
kerjaya@kist.edu.my dan kerjaya@kistech.com.my

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
  • Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
  • Hanya permohonan yang ditapis senarai akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana – mana cawangan KIST seluruh negara.
  • Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan awal di Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok Kelantan selama 3 bulan.
  • Tarikh tutup permohonan adalah 31 Mei 2012.
  • Pemohon boleh datang sendiri ke pejabat KIST untuk mendapatkan borang permohonan jawatan kosong. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan sijil perlu dihantar ke alamat di bawah:
  • Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut,
    pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri,
    bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah RM5.00 untuk bayaran wang proses.
Bahagian Sumber Manusia,
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Wisma KIST, Lot 500, Taman Permai Demit, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon: 09-7666420 / 422 atau 09-7655223


atau :

PERMOHONAN CAWANGAN KIST KUALA BERANG
Sila dapatkan borang permohonan di:-
KIST KUALA BERANG,
Lot 4276, Mukim Tanggol & Lot 6739 Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu, Terengganu .

Newer Post Older Post

www.kerjakerajaan.info-2013. Powered by Blogger.