Jobs Vacancy at Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Jawatan Kekosongan
Operator Telefon/Penyambut Tetamu Tingkatan Biasa ‘B’ Gred PS03

Maklumat Lanjut
Gaji Tetap : RM950.00
Elaun Elektrik : RM85.00
Elaun Tetap Khas Pengangkutan : RM225.00
Taraf Jawatan : Tetap

Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja layak memohon dan akan disenaraipendek. Pemohon yang telah disenaraipendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bidang Tugas

Syarat Kelayakan
i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang-kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.
iv. Calon yang memiliki kelayakan akademik melebihi kelayakan akademik SPM adalah tidak layak memohon.
v. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Jawatan Kekosongan
Pengawal Keselamatan Tingkatan Biasa ‘B’ Gred PK03

Maklumat Lanjut

Gaji Tetap : RM950.00
Elaun Elektrik : RM85.00
Elaun Tetap Khas Pengangkutan : RM225.00
Taraf Jawatan : Tetap

Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja layak memohon dan akan disenaraipendek. Pemohon yang telah disenaraipendek akan dipanggil untuk menghadiri ujian fizikal. Pemohon yang lulus ujian fizikal akan ditemuduga pada hari yang sama. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bidang Tugas

Syarat Kelayakan
a. Calon Luar
i. Warganegara Malaysia (Lelaki sahaja).
ii. Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.
iv. Calon yang memiliki kelayakan akademik melebihi kelayakan akademik SPM adalah tidak layak memohon.
v. Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah.

b. Calon Dari Bekas Polis Dan Tentera
i. Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh iklan ditutup boleh juga memohon.
ii. Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah.

Syarat Asas
i. Ketinggian minima 1.65m (5’ 4”) tanpa sepatu.
ii. Berat badan minima 47.6 kg (105 paun).
iii. Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm (32” – 34”) semasa menarik nafas.
iv. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.
v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vi. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
vii. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Tarikh Tutup: 03 Nov 2011

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Newer Post Older Post

www.kerjakerajaan.info-2013. Powered by Blogger.