Adalah dimaklumkan bahawa pihak
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengenalpasti calon-calon yang sesuai bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Jawatan yang terlibat dan penempatan berkaitan adalah seperti berikut:-
1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka), EM Indonesia;
2. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka), EM London;
3. Pengarah Gred 48/52 (Terbuka), EM New Zealand;
4. Pengarah Gred 48 (Terbuka), EM Beijing; dan
5. Warden Gred 32/34 (Terbuka), EM Indonesia
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang
KPT.S.500-8/2/6 yang boleh dimuat turun secara
on-line melalui laman web KPT iaitu
http://www.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Ogos 2011(hari Selasa). Sehubungan itu, bersama ini disertakan surat KPT.S.500-8/2/6(1) dari KPT yang bertarikh 6 Julai 2011 beserta dengan iklan dan borang permohonan untuk makluman dan perhatian YBhg Datuk/Dato'/Datin Seri/Tuan/Puan selanjutnya jua.