Jawatan kosong di Kementerian Dalam Negeri


Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk bekerja di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Negeri Perak, Kementerian Dalam Negeri.


1. PEMBANTU PENERBITAN N17 (PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH))

SYARAT KELAYAKAN:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.
3. Kelulusan minima adalah Sijil Pelajaran Malaysia. Graduan juga digalakkan memohon
4. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Cina

CARA MEMOHON:
1. Calon-calon yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi (Resume) lengkap berserta gambar berukuran passport ke alamat berikut:

Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Negeri Perak
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 10, Wisma Maju UMNO,
Jalan Sultan Idris,
30000 Ipoh,
PERAK.

2. Calon-calon juga boleh emailkan maklumat peribadi yang lengkap dan gambar ke alamat email seperti di bawah: alfian@moha.gov.my

3. Jika ada sebarang kemusykilan hubungi: 05-2538006 (Waktu Pejabat Sahaja)

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2011

Newer Post Older Post

www.kerjakerajaan.info-2013. Powered by Blogger.